Saturday, August 26, 2017

Panicked

Let this serve as a lesson to a parent like me, who puts work above own kids.

Bila Hubby travel je, Mak tolong ambik dan hantar anak-anak ke sekolah. Mak hantar aku sekali, sebab kadang-kadang susah nak carik parking yang dekat dengan office. 

Kebiasaannya, Mak akan ambik cucu-cucu dulu sebelum jemput aku di office petangnya tu. Yang paling awal keluar ialah Khadeeja, sebab daycare dia sampai pukul 5 petang je. Kemudian Khayla, sebab habis sekolah pukul 5.50 petang. Aku biasanya paling last sebab aku selalu sibuk especially kalau ada deadline. Walaupun aku masuk office awal, aku tetap prefer balik lambat.

Tapi somehow semalam, something unthinkable happened. Sometimes, aku terlalu bergantung dengan Mak / Hubby. Aku tak bother untuk tinggalkan pesan atau ingatkan Mak / Hubby untuk ambik anak-anak dari sekolah. Aku selalu assume dieorang akan ingat.

So berbalik ke kisah semalam. Kebetulan kakak aku dan keluarga sepupu ada di sini sebab ada jemputan wedding. Dieorang stay di hotel. By the time Mak sampai (lebih kurang jam 6.20 petang) untuk jemput aku,  terus aku kemas barang-barang dan keluar.

Aku tengok Mak seorang. Dalam hati aku, the girls must be with their aunts at the hotel. Tapi aku tanya jugak. My mom cakap dieorang semua kat hotel. So kiteorang pun gerak pegi ke hotel untuk ambik anak-anak aku balik ke rumah, lepas tu jemput Hubby di airport.

On the way ke hotel, tiba-tiba telefon Mak berdering. Aku tengok - oh, kawan Mak call. Kawan Mak tu jugak ialah cikgu kelas Khayla. Tapi aku langsung tak terfikir yang dia call berkaitan Khayla. So aku pass telefon kat Mak yang tengah driving.

Mula-mula Mak jawab call, suara dia macam biasa je. Tapi tiba-tiba Mak terjerit, 'Apa? Masih di sekolah? Bukan Wa dia dah ambik ke? OK2, kiteorang ke sana sekarang.' Terus aku dapat agak, ni mesti kakak aku tak jemput Khayla lagi. Dah la hari dah gelap.

Mak suruh call kakak untuk confirm kan yang dia masih belum ambik Khayla. Bila aku call kakak tanya Khayla ada kat sana ke tak, kakak aku terus panik. Dia cakap dia tak tau pun Mak suruh ambik Khayla. Mak pulak cakap, dia pesan jemput Khayla sebab dah alang-alang nak ke area sekolah Khayla.

Aku dah start rasa gelisah, tapi masih terkawal. Dalam fikiran aku, Khayla mesti tengah menangis kat luar gate sekolah. Mesti ada cikgu yang tunggu sama. Rasa bersalah menghantui aku sebab sepatutnya aku sebagai Mak Khayla lah yang jemput dia atau at least ingatkan Mak aku untuk check pasal Khayla. Tapi aku langsung tak teringat, sibuk je dengan kerja office.

Sampai je kat sekolah, kiteorang cari Khayla dan cikgu kelas dia. Tapi kelibat dia takde. Aku pegi kat Pak Guard dan tanya ada nampak ke budak darjah satu perempuan pakai tudung dan bawak beg pink? Dia pulak blur je. Tak de katanya. Tadi memang ada sorang budak ni yang belum balik-balik lagi. Masa ni aku dah panik. Rasa nak menyalahkan Mak pun ada jugak, sebab tak bagitau betul-betul siapa yang temankan Khayla.

Mak call lagi kawan dia (Cikgu Khayla), dan tanya kat mana Khayla. Kawan dia bagitau dia suruh pesan kat hubby dia untuk inform Bapak aku ambik Khayla kat sekolah. Terus Mak aku call rumah Bapak aku, tanya Khayla ada kat situ ke tak. Tapi dieorang cakap takde. Masa ni aku rasa macam nak terduduk pun ya, nak menangis pun ya, semua ada. Rasa jantung aku terhenti. Mana pegi anak perempuan aku. Dah la anak perempuan! 

Pada firasat aku, mungkin Khayla jalan kaki balik ke rumah. Khayla tau jalan pegi ke rumah. Tapi dia tak reti nak melintas jalan sorang-sorang. Mak aku masih sibuk on the phone. Aku dah desak berkali-kali untuk balik ke rumah check kalau-kalau Khayla ada kat rumah. 

Macamana kalau Khayla takde kat rumah? Dalam hati aku bertanya. Tak sanggup aku bayangkan kalau kiteorang tak dapat cari Khayla. Mungkin boleh pengsan aku kat situ. Itulah jantung dan nyawa aku, my firstborn, my sweet, gentle, beautiful child!

Finally Mak aku habis cakap dengan kawan dia, dia bagitau ada cikgu yang hantar Khayla balik ke rumah. Apa lagi, terus kiteorang pecut kereta balik ke rumah. Tapi hampa, Khayla takde. Mak call lagi, mintak Cikgu tu tunggu di sekolah. Patah balik ke sekolah.

Dari jauh, tengok kereta Kancil... Harap-harap ni kereta Cikgu tu. Mak berhenti je, aku terus keluar. Aku tengok Khayla dah berdiri tepi kereta dengan dua orang cikgu. Dia nampak aku, terus lari kat aku dan nangis. 'Mommy ambik Khayla lambat sangat. Sudah malam!' 

Aku peluk dia erat-erat. Ya Allah, syukur anak aku selamat! Berkali-kali kiteorang mintak maaf kat Cikgu dan cakap terima kasih sangat-sangat sebab tolong jaga Khayla. Cikgu pesan letak emergency contact kat beg dan buku-buku dia. Walaupun ada nombor telefon ibubapa masa register hari tu, tapi dieorang tak tau letak kat mana sebab dia dah tukar kelas. Nasib baik la cikgu Khayla tu memang rapat jugak dengan Mak.

Dalam hal ni, aku tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Kenapa aku terlalu mementingkan kerja sampai tak ingat nak check kat mana anak-anak aku. Selamat ke dieorang? Dah balik dari sekolah ke tak? Aku still rasa kerja tu penting ke sekiranya aku balik dan tengok anak aku dah takde disebabkan aku tak pentingkan dieorang?

Aku nekad. Following this incident, I will get each of the girls a safety watch that will allow them to contact me anytime they need. A watch that will allow me to check their whereabout so I can alert anyone if I wasn't able to reach my kids. Berapa sangat la harga jam tu kalau compare dengan keselamatan anak-anak aku.

Buat ibubapa kat luar sana, tolong jangan leka dengan kerja pejabat. Tolong ambik tau pasal anak-anak. Jangan terlalu bergantung dengan orang lain. Anak-anak tu ialah harta pinjaman. Kalau dieorang tak de, hidup pun tak de makna. 
Share:
Read More

Sunday, August 20, 2017

Personally Speaking...

It's great having a lifestyle blog, but after a while I started to realise that it's robbing me of the avenue to express my personal thoughts and stories. 

Having a lifestyle blog means I have to write nothing but sunshine and things that guests are looking for. Like where to stay. Or what to do. 

But being a Gemini, there's another more personal side of me that isn't always looking at things half full. Me. 

So many things are swimming around inside my head, longing to be out in the world but somehow I know it doesn't belong to my other blog. 

Like the state of my relationship. Or the fear of the unknown future. Things that don't jive with classy travels and food reviews. Yet is a big part of me.

So yeah. This is the new avenue. I hope it will make me feel less restless and give me some respite from being so emotionally lonely.
Share:
Read More